ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ

Selamat Datang

Pembangunan portal ini bertujuan untuk menghubungkan pengunjung portal ini dengan pihak pengurusan Surau At-Taqwa, Country Villas Resort. Pengurusan portal ini diketuai oleh Biro ICT, Penerbitan & Komunikasi At-Taqwa dengan bantuan sebuah agensi swasta.

Segala maklumat di dalam portal ini adalah dibawah seliaan AJK Pentadbiran At-Taqwa.

2010

Selesai Pembinaan

50 +

Penyumbang

RM 600000

Kos Pembinaan

Country Villas Resort

SURAU AT-TAQWA

Masjid ataupun Surau adalah tempat di mana kita dapat bersama-sama sebagai qariah bermuhasabah dan beribadah kepada Allah SWT. Ia juga merupakan tempat di mana kita dapat mengukuhkan keimanan dan jati diri dalam perjalanan kita sebagai seorang muslim. Nabi Muhammad (S.A.W.) setelah berhijrah ke Madinah, antara langkah pertama Rasulullah saw adalah membina sebuah masjid di Quba ‘, yang berfungsi sebagai lambang perpaduan Islam. Ini telah mengingatkan ahli qariah di Country Villas Resort, tentang kepentingan penubuhan pusat dan simbol ini –yakni masjid, ataupun surau.

Daripada Uthman bin 'Affan katanya sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga."

TABUNG SURAU AT-TAQWA

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN SUMBANGAN ANDA

Percayalah, tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan percayalah, keuntungan besar di akhirat kerana pahala tidak akan berhenti mengalir selagimana surau ini diimarahkan orang ramai untuk beribadah dan mejalanakan aktiviti dakwah di dalamnya. Insyaa Allah
Malaysia Map
Surau At-Taqwa
Country Villas Resort
Bemban Melaka

Tabung Taqwa

Tabung Kebajikan diwujudkan oleh pengurusan At-Taqwa bagi membantu
hal-hal berkaitan kebajikan penduduk dan Surau At-Taqwa

Jom Bersama Kami

SAHABAT AT-TAQWA

Dengan penuh keyakinan, komitmen dan rasa tanggungjawab, dan berpegang teguh pada kepercayaan bahawa sesuatu kebaikan itu perlu dimanifestasikan secara praktikal, penduduk Islam di Country Villas Resort telah mengadakan suatu inisiatif untuk menubuhkan Sahabat At-Taqwa.

Aktiviti & Program

Jom bersama-sama kita menjayakan aktiviti & program di surau kita.

Sumbangan

Teruskan menyumbang untuk mengimarahkan lagi surau kita.
RM7,360 Setakat ini RM100,000 Sasaran

Sila Pilih

JUMLAH UNTUK DIDERMA

Semua sumbangan akan terus disalurkan kepada tabung surau At-Taqwa.
RM
Maklumat Peribadi

Jumlah: RM100

Terima Kasih
Kepada Semua

Surau ini dijadikan sebagai wadah untuk ahli qariah Country Villas Resort untuk bukan sahaja beribadah kepada Allah swt Rabbul Jalil, tetapi sebagai pusat kegiatan sosial masyarakat untuk bersilaturrahim dan juga pusat ilmu.
Kami mengalu-alukan

cadangan anda

Sebarang Pertanyaan

019 450 5360‬