Black And Ivory Modern Name Youtube Channel Art
Tazkira

Tazkira Al Yaum 55 (Peringatan Hari Ini)

.…….……………………….

Penulis: ABi Mukhtar

Penerbit: Ashrof Lukman

Terbitan: Biro Dakwah & Pendidikan Surau At-Taqwa CVR

…….……………………….

Kunci-kunci Keberkatan Di Dalam Kehidupan. [2]

1. Memulakan pekerjaan dengan menyebut basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) dan menyebut nama-nama Allah Yang Maha Berkat dalam zikir dan doa.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla,

أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّـهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ ﴿الأعراف: ٥٤﴾

Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Berkat Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al A’raaf:45)

فَتَبَارَكَ اللَّـهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ ﴿المؤمنون: ١٤﴾

Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

(Al Mukminun:14)

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا ﴿الفرقان: ١﴾

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

(Al Furqan:1)

تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ ﴿الرحمن: ٧٨﴾

Maha Berkat nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

(Ar Rahman:78)

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿الملك: ١﴾

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

(Al Mulk:1)

Sabda Rasulullah ‎ﷺ,

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَهُوَ أَبْتَرُ أَوْ قَالَ أَقْطَعُ

(رواه أحمد،٨٣٥٥)

Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Setiap perkataan atau urusan yang yang tidak dibuka dengan zikir kepada Allah maka dia cacat atau terputus.( kurang keberkatan ).”

(HR Ahmad,8355)

2. Menyebut basmalah dalam memulakan urusan hidup menjauhkan seseong itu dari gangguan syaitan. Syaitan sentiasa mahu menghalang keberkatan dan kebaikan dari manusia.

Sabda Rasulullah ‎ﷺ,

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَإِذَا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

(رواه مسلم،٣٧٦٢)

Dari Jabir bin ‘Abdullah; sesungguhnya dia mendengar Rasulullah ‎ﷺ  bersabda: 

“Jika seseorang menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan ketika hendak makan, maka syaitan berkata; ‘Kamu (bangsa syaitan) tidak dapat menginap dan tidak dapat makan! ‘ Jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya, maka syaitan berkata; ‘Kamu dapat masuk dan dapat menginap.’ Jika seseorang tidak menyebut nama Allah sewaktu hendak makan, maka syaitan berkata; ‘Kamu dapat menginap dan makan malam.”

(HR Muslim,3762)

عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .

(رواه البخاري،٤٩٨٤)

‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah ‎ﷺ  , satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah ‎ﷺ   bersabda kepada ku: “Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.”

(HR Bukhari,4984)

عَنْ  وَحْشِي بْن حَرْبٍ، أَنَّ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالُوا : ” يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا نَشْبَعُ ، قَالَ : فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ ؟ ، قَالُوا : نَعَمْ ، قَالَ : فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ “

(رواه ألو داود،٣٢٧٥)

Wahsyi bin Harb RA menceritakan bahawa para sahabat Nabi ‎ﷺ   pernah berkata: “Ya Rasulullah, kami makan tetapi kami tidak kenyang”. Baginda ‎ﷺ  menjawab: “Boleh jadi kalian makan sendirian? “. Jawab mereka: “Benar”. Lalu Rasulullah ‎ﷺ  bersabda: “Makanlah beramai-ramai, sebutlah nama Allah, kalian akan mendapat barakah padanya.”

(HR Abu Daud, 3275)

3. Keberkatan juga dipohon melalui doa dengan menyebut dan menyeru nama-nama Allah Yang Maha Berkat.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla,

وَلِلَّـهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ..  ﴿الأعراف: ١٨٠﴾

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,

قُلِ ادْعُوا اللَّـهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَـٰنَ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ .. ﴿الإسراء: ١١٠﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”

(Al Isra’ :110)

Sabda Rasulullah ‎ﷺ,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ

(رواه الشيخان)

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah ‎ﷺ  bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Siapa yang menghitungnya (menjaganya) maka dia akan masuk syurga.”

(HR Bukhari,2531, Muslim,4836)

Bersambung ..