Sahabat Taqwa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pendaftaran Sahabat Taqwa

Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa menjemput warga Country Villas Resort (CVR) untuk turut serta menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak surau secara sukarela dalam usaha menyebarkan syiar Islam dimuka bumi CVR ini. Justeru, Sahabat Taqwa telah ditubuhkan bagi memberi ruang penglibatan khusus kepada warga CVR untuk bersama-sama menguruskan aktiviti surau secara terus.

Penyertaan sebagai ahli Sahabat Taqwa adalah tidak terikat kepada komitmen secara tetap dan penglibatan dalam aktiviti akan dijalankan mengikut kesesuaian komitmen ahli.

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Borang Pendaftaran

Kongsi Pautan Ini

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Email