Fotor 2023 3 1 18 15 23 2
Berita

Banjir: Dua pusat pemindahan dibuka di Melaka

AYER KEROH 1 Mac – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan dua daerah di Negeri Melaka terjejas banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan dua daerah yang terjejas di negeri ini ialah Alor Gajah dan Jasin.

Susulan beberapa lokasi mula dinaiki air dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bermula jam 4.30 petang tadi.

Dua buah PPS itu membabitkan Balai Raya Bukit Tambun, Durian Tunggal dan Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan, Jasin.

Bagaimanapun, setakat ini jumlah sebenar mangsa yang dipindahkan masih dalam proses kemas kini.