Brown White Illustrated Online Donation Instagram Story

Infaq Secara Bulanan

Surau At-Taqwa Country Villas Resort menawarkan infaq yang sistematik dan membuka peluang kepada Tuan/Puan yang berhajat menginfaq secara tetap atau berulang-ulang dengan kaedah Auto Debit serendah RM10 setiap bulan ataupun lebih mengikut ketetapan yang Tuan/Puan ingin infaqkan kepada Surau At-Taqwa. Jika penyumbang ingin menamatkan Auto Debit ini boleh dilakukan bila-bila masa. Hanya melalui sistem Online sahaja.

Semoga dengan amalan infaq kita yang istiqamah ini menambahkan iman dan dicintai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana sesungguhnya baginda ada bersabda yang maksudnya:

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit” (HR. Bukhari, No 6465)

Kami ingin menzahirkan rasa penghargaan di atas kesudian Tuan/Puan memberikan sumbangan secara tetap secara bulanan. Sesesungguhnya, kelangsungan operasi pengurusan dan pembangunan Surau At-Taqwa adalah juga sebahagiannya bergantung kepada sokongan dan keprihatinan penyumbang seperti Tuan/Puan. Semoga Allah SWT jualah sebaik-baik yang dapat membalas kebaikan Tuan/Puan.

SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI:
012-4399554 (En Aidi Ismail)

RM

Anda telah memilih untuk menderma RM10 sebulan.

Maklumat Peribadi

Jumlah: RM10 Sebulan